Sunday, 30 June 2013

D.U.M.B.S KUBU RAHSIA USA


Amerika dalam diam-diam telah membina sebuah kubu dibawah tanah yang kalis air serta lengkap dengan berbagai kemudahan termasuk pengangkutan.

Untuk Apa?

Adakah mereka telah mengesan dan menjangkakan lebih awal sesuatu malapetaka besar bakal mendatang?

DUNIA MENUJU PENGISLAMAN TOTAL.




Bagi pecinta Islam pasti akan berhamburan air mata melihat peristiwa bersejarah ini. Terbayang bagaimana para sahabat Rasulullah saw berkelana ke seluruh dunia membawa pesanan Rasulullah saw " Sampaikan dari ku walau satu ayat...".

Tidak terbayang di akhir zaman Allah menghidupkan kembali umat yang menjunjung kalimah suci mengembara disegenap pelosok bumi menyambung risalah dan pesanan Rasulullah saw. Memang ianya bukan kerja mudah.

Sebagaimana para sahabat, jemaah-jemaah kaum muslimin ini meninggalkan kampung halaman. Tanpa meminta upah. Membelanjakan harta, diri dan masa menyebarkan kalimah suci. Fikir mereka agar setiap umat manusia sehingga bayi yang terakhir lahir di muka bumi dapat mengucapkan kalimah Lailahailallah.

Berikut kisah usaha disebalik pengislaman tersebut:

 Ust.Dahlan dalam bayan@ ceramah maghrib, beliau menceritakan;

Kami menjalan usaha dakwah di Papua penuh dengan pengorbanan. Pernah kami keluar ke pedalaman suku Tatsmit. Kami di sambut dengan panah dan tombak dan tubuh saya terkena panah beracun sehingga saya di hantar ke rumah sakit. Hampir 1 minggu saya di rumah sakit, tapi saya tetap bersabar. Anehnya, orang-orang yang memanah saya ikut mengantar saya ke rumah sakit. 
Setelah sembuh, kami tetap hantarkan jamaah ke suku tersebut, sehingga kami di terima dan yang awal kami ajarkan adalah cara mandi menggunakan sabun, shampoo dan bersugi gigi kepada suku tersebut, sehingga mereka merasa selesa kerana lazimnya mereka menggunakan minyak babi sebagai sabun mandi.
Setelah mereka terkesan dengan mandi menggunakan sabun, shampoo, baru kami dakwahkan mereka kepada tauhid sehingga pada awal dakwah kami di sana, kami berjaya mengajak 2000 orang  untuk mandi wajib menghilangkan najis mughallazah mereka,dan mengajak mereka bersyahadat. 
Alhamdulilah, 2000 orang telah masuk islam, dan jumlahnya teru mencecah 4000 orang masuk islam dan ustaz mengajak rakan-rakan dakwah di Lombok untuk khuruj ke Papua di mana sudah di siapkan 3 pesawat percuma untuk jamaah. 
Suku Tatsmit di Papua yang sekarang berubah menjadi kampung islami asbab usaha dakwah jamaah tabligh. 




Ini pula rakaman majlis pengislaman besar-besaran 3,000 saudara baru di German .


Semasa penulis menghadiri satu perhimpunan orang Islam di Tiruchipalli, Tamil Nadu, India pada tahun 1982 juga terjadi penghijrahan beberapa kampung Hindu kepada Agama Islam yang suci. 

Diseluruh dunia kini, di 213 negara usaha Dakwah sedang gigih dijalankan. Banyak laporan pengislaman seperti di atas diterima dari seluruh dunia. Kita kini sedang menunggu berita negara demi negara memeluk agama Islam.

Masanya sudah hampir tiba. Sama-sama kita saksikan. Doakanlah agar pejuang-pejuang agama yang sedang bertebaran berada dalam peliharaan Allah.



Dengan berbekalkan kalimah dan solat, ilmu Ilahi dan zikir Ilahi dengan menunaikan             hak tanpa menuntut hak semata-mata kerana Allah, kami akan pergi dari lorong ke lorong, kampung ke kampung, negera ke negara dan jika Allah beri taufikNya kami akan pergi seluruh alam.

Sunday, 16 June 2013

AKHIR KALAM




Teguhkan Iman, Kuat amalan, Panjatkan doamu














Assalamualaikum, 


Hanya tinggal satu posting sahaja lagi untuk aku mengakhiri blog ini. Selepas itu mungkin tiada posting lagi. Nawaitu blog ini adalah sekadar pembuka minda pada mereka yang ingin ambil tahu. Semoga sedikit maklumat yang tercatat di dalamnya memberi manafaat dan peringatan kepada yang membacanya. Jika tuan-tuan menyebarkannya, orang lain juga mungkin mendapat manafaat darinya.

Jangan taksub. Itu nasihat saya pada diri saya dan tuan-puan. 

Baca dan fikir. Baca dan kaji.

Tidak semua yang ditulis semestinya betul dan tepat. Hanya saya cuba membawa pembacaan dan kajian kita diselaraskan dengan kepekaan terhadap fenomena sebenar dan juga merujuk kepada sabdaan Junjungan saw.

Doa kita semoga Allah swt sentiasa merahmati kita, mengampuni dosa-dosa dan mencucuri kita dengan taufik dan hidayah. Kepada ibu bapa dan anak isteri. Juga pada seluruh umat.

Ada 3 fenomena alam yang utama yang saling berkait rapat yang kita kena peka dan jeling-jeling:



1. Kedatangan Komet ISON pada 28 November 2013.
    Bumi akan merempuh debu orbit ISON pada 14 Januari 2014.



2. Berlakunya apa yang dikata oleh NASA, " Double Perfect Solar Storm" yang dijangka
    juga akan berlaku pada 2013.



SUMBER : Akhbar the Sun 16 Jun 2013
http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/3145874/Solar-flare-to-paralyse-Earth-in-2013.html


3. "Pole shift " atau peralihan Kutub bumi yang dijangka berlaku pada tahun 2015
     atau mungkin lebih awal.

India jadi Kutub Selatan, Brazil jadi kutub utara


Katakanlah berlakunya fenomena tersebut tanpa malapetaka dan penderitaan kehidupan, SYUKUR Alhamdulillah. Namun jika berlaku juga hendaklah kita berSABAR. Tetapi adakah kita sudah bersedia menghadapi malapetaka yang sangat dahsyat itu?


Ada 3 fenomena sejarah dunia yang utama yang saling berkait rapat yang kita kena ambil tahu dan siap sedia dengan amalan juga persiapan dirham dan dinar.

1. Kedatangan Amirulmukminin Imam Mahadi a.s






















2. Kedatangan Al Masih Dajjal Laknatullah




























3. Kedatangan Nabi Is Al-Masih a.s



















Katakanlah muncul 3 fenomena sejarah tersebut di zaman kita ini, 

Adakah kita telah bersedia dengan bekal Iman dan amal? 
Sudahkah kita hafal 10 ayat pertama/ 10 ayat akhir  surah Al- Kahfi?
Adakah kita istiqamah membaca surah Al- Kahfi setiap Jumaat?
Adakah kita telah jadi tabiat membaca ayat perisai Dajal dalam solat kita?
Adakah mampu kita meninggalkan famili menyahut seruan Imam Mahadi?
Yakinkah kita hanya dengan zikir kita boleh kenyang di era Dajjal?


Mohon di fikirkan dengan lapang dada dan jujur pada diri sendiri.

Ya Allah saya telah menyampaikan.
Ya Allah saya telah menyampaikan.
Ya Allah saya telah menyampaikan.



Saturday, 15 June 2013

SAFAR SUCI






















Bumi Jawi telah merekah
Demi cinta Bani Jawi melangkah
Dalam kegelapan siang
Dalam keheningan malam
Bendera berkibar tanpa panji
Hitam dan berseri-seri.

Perjalanan suci
merentasi bumi ke tanah para Nabi
gunung mujahadah didaki
Curam hidayah dituruni
Anak Keturah mencari Qiblat
Berteman kesatria- kesatria  bisu
Hati-hati bertumpu pada yang Satu.

Awan rahmat melindungi
Malam diterangi bulan riang
Siang disuluh mentari girang
Alam mengucapkan Marhaba
Zikir syukur tanpa suara.

Langkah-langkah sunyi
mengusung panji dalam sepi
Safar suci
Kembali pada janji.


Abu Basyir

7 Shaaban 1434

















PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!





Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!

Pada tahun 2007, Medan kutub utara  berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut..  Anjakan kutub  bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan   terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. 

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. 
Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007.
Ia bergerak  sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah




Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan.

Malaysia? Dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

BERUBAH : Khatulistiwa berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat.

Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air
Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 

Tanda Hijau- Kawasan yang tidak tenggelam. Malaysia hanya tinggal banjaran.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api dimatahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Tornado

Banjir

Letupan Gunung berapi

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan ilahi.



Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW "

“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), 
"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1.      ISON digelar “ Komet abad ini”
2.      ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3.      ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4.      ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5.      ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6.      ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7.      ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.
8.      ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9.      ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10.     Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

     Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi   akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara-saudari serta anak-anak ku
    bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.

     

Thursday, 13 June 2013

APABILA RM TIDAK LAGI LAKU...


Akan sampai masa Ringgit, Dollar, Euro tidak berguna lagi...

Assalamualaikum, saudara dan anak-anakku,

Perkataan siapakah yang paling benar dan patut kita percayai selain Firman Allah dan sabdaan RasulNya?

Dalam kesibukan urusan duniawi pesan baginda saw banyak dan sering kita terlepas pandang atau mungkin juga lagha untuk mengambil perhatian dan memikirkannya.

1,434 tahun yang lampau, Rasulullah saw telah mengingatkan kita satu senario yang sangat penting iaitu keadaan di mana hanya emas dan perak yang berguna. 

Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham.
                                                        (musnad imam Ahmad ibn Hanbal).





Bayangkan di saat apabila kita hendak membeli barang makanan kita dimaklumkan bahawa pembelian hanya diterima dengan tukaran emas atau perak sahaja. Sedangkan di saat itu kita tidak memiliki sebarang bentuk emas atau perak. Menyesal kemudian tidak berguna. 

Sebaliknya Yahudi@ Israel telah mula menggunakan matawang dinar dan dirham.


Pihak Yahudi amat yakin dengan sabdaan Rasulullah saw atas apa yang bakal berlaku khususnya peristiwa dan apa yang bakal berlaku ke atas mereka di akhir zaman. Hanya mereka keras kepala mahu melawan taqdir. Memang itu tabiat yahudi.

Bila disebut pokok gharqad tidak akan memberitahu orang Islam jika Yahudi bersembunyi dibelakangnya, maka Yahudi telah menanam 240 juta pokok Gharqad di Israel sebagai persediaan.

Bila disebut kuda-kuda tentera bendera hitam akan diikat dipokok-pokok zaitun, Yahudi berterusan mencabut, membakar, mengebom dan cuba membinasakan pokok-pokok zaitun.
yang kawasan yang dikatakan akan berlaku peristiwa tersebut.

Bila dikatakan peperangan akhir zaman menggunakan pedang dan panah, Yahudi menempah pedang titanium ( ringan, tajam dan kuat ) sebagai persediaan menentang orang
Islam yang dipimpin Imam mahadi.

Bila disebut simpanlah dinar dan dirham, Yahudi terus bersiap sedia menghadapi saat-saat tersebut.

Kita pula bagaimana?

Jangan kita termasuk dalam golongan     Sudah terhantuk baru tengadah
eloklah kita ambil fikir dan jadi golongan Sediakan payung sebelum hujan.

ZAMAN APAKAH KITA BERADA SEKARANG INI?

Mohon dibaca dan direnung bersungguh-sungguh hadis di bawah ini.

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. 
Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya : 

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya. 

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus." 

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka. 

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin." 

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit. 

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraian hadis ini telah saya tulis dalam posting yang lalu. Saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai ayat :
Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... 
bermakna pada 1400 tahun + 30 tahun = 1430 Hijrah. Sekarang ialah 1434H dan pada 
5 November 2013 ini kita akan masuk tahun hijrah 1435. Bermakna kita telah melebihi
5 tahun dari masa yang dianggarkan oleh Saidina Abu Hurairah.

Maknanya gelombang peristiwa besar dan gempar akan muncul pada bila-bila masa sahaja!

Justeru saya berharap para pembaca rajin-rajinlah meneroka dan membaca. Sila baca JIGSAW PUZZLE AKHIR ZAMAN. Baca dan fikir.  Masanya dikira sudah tersangat hampir. Persediaan zahir dan batin mesti dimulakan TANPA TANGGUH!

Dinar dan dirham termasuk persediaan zahir!




Jumaat 14 November 2013














PERISAI FITNAH DAJAL

Dajjal matanya buta sebelah.  Sedangkan Allah Maha Cantik dan Indah


Assalamualaikum saudaraku dan anak-anakku,

Jika kita mentelaah dan menteliti senario kedatangan Dajjal berikut beberapa fakta
utama yang penting di ambil fikir :

1. Kesemua 124,000 Nabi-nabi mengkhabarkan perihal fitnah Dajjal.
    Ini menunjukkan fenomena fitnah Dajjal tersangat penting dan besar.

2. Implikasi sesiapa yang mentaati Dajjal akan jatuh KAFIR.
    Implikasi sesiapa yang walaupun pura2 mentaati Dajjal akan jatuh MUNAFIK.
    Tiada kompromi, Dajal WAJIB diengkari. Walaupun nyawa terkorban sebagaimana
    Bilal sanggup mati namun tinggalkan agama dan buangkan iman tidak sama sekali.

3. Golongan yang mula-mula akan terpengaruh dengan fitnah Dajjal ialah  kaum wanita.

4. Dajjal TIDAK ADA KUASA tetapi diberikan kuasa oleh Allah untuk
    menguji iman orang Islam semata-mata.

    Segala kelebihan Dajal itu sebenarnya kebolehan sihir yang dikurniakan oleh Allah
    kepada Dajjal. Dajjal hanyalah makhluk. Makhluk TIADA daya upaya.

    Sihir David Blaine, Chris Angel, David Copperfield dan Penn & Teller
    yang biasa kita tonton di Youtube sudah kira hebat. Namun sihir Dajjal jauh lebih hebat.
    Antara sihir Dajal yang mencabar keimanan orang Islam ialah:

    1. Menghidupkan ibu ayah yang telah mati
       ( sebenarnya sihir jenis ini adalah tipudaya yang dibantu oleh syaitan)
    2. Dari bumi Dajal akan keluarkan emas kepada orang yang mengaku Dajal itu Tuhan.
    3. Binatang ternak jadi gemuk secara otomatik kepada yang mengaku Dajjal itu Tuhan.
    4. Tanaman menjadi subur secara otomatik pada yang mengaku Dajal itu Tuhan.
    5. Dari langit keluar hujan pada yang mengaku Dajal itu Tuhan.
    6. Mereka yang enggan mengaku bahawa Dajal itu Tuhan sebaliknya akan secara otomatik
        kehilangan makanan, minuman dan jatuh miskin. Susah.Kebulur. Menderita!

    Bukankah ini ujian & fitnah yang amat dahsyat?
    Hanya mereka kuat iman dan yakin akan mampu menghadapi ujin ini.
    Mereka yakin Allah yang beri rezeki BUKANnya Dajal !


    Rasulullah saw telah mengajar beberapa amalan untuk kita terpelihara
    dari fitnah yang membuatkan orang Islam terjerumus samada menjadi kafir atau
    munafik. Kalau kita tidak ambil endah dan tidak beramal, kitalah yang
    menganiaya diri kita sendiri.

    Belajarlah amalan2 tersebut sebelum terlambat. Ya sebelum terlambat.
    Ajarlah anak isteri kita. Ingatkan sahabat handai kita.

    Antara yang di ajar oleh Rasulullah saw:

    1. Membaca surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat.
    2. Menghafal 10 ayat pertama surah Al Kahfi.
    3. Dalam riwayat lain hafal 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
    4. Puasa 3 hari bulan Rejab juga fadhilatnya menjauhkan fitnah Dajjal.
    5. Jaga solat 5 waktu jangan tinggal dan SEBELUM beri salam
        baca doa jauhkan fitnah Dajjal seperti berikut:




      " Allahumma inni 
               a 'uzubika min azabi jahannam
         wa a'uzubika min azbil qobri
         wa a'uzibika min fitnati dajjal 
         wa a 'u zubika min fitnati mahya wal mamat"

 atau versi lain



   Buatlah amalan tersebut dari sekarang, sebelum terlambat !


5. Kuasa Dajjal akan mula menurun setelah dia menggergaji Nabi Khidir
    yang kemudian badannya bercantum kembali.

6. Dajjal dan tenteranya berjaya mengundurkan Imam Mahadi dan tentera Islam
    ke sebuah mesjid Di Damsyik.

7. Sebelum iqamat subuh, Nabi Isa a.s. dikembalikan oleh Allah kedunia
    bersolat jemaah subuh dibelakang Imam mahadi.

8. Selepas solat subuh Nabi Isa a.s. yang berdiri di muka pintu mesjid
    mengepalai tentera Islam berama Imam Mahadi a.s. Dajal ketakutan
    dan cabut lari ke Israel bersama tentera Yahudi.

9. Dajjal dibunuh Nabi Isa a.s. di Babul Lodd, di Israel.

10. Imam Mahadi memerintah sebagai Amirul mukminin.

Untuk membaca hadis-hadis tentang Dajal yang ditulis dengan agak lengkap sila
lawati  blog http://www.matsumas.org/

Namun dari segi penafsiran keturunanketurah tidak 100% mengiyakan.