Adakah data penduduk Malaysia dapat di akses di Tel Aviv? |
HULU
SELANGOR 13 APR 2010: Malaysia masih menanggung risiko berikutan golongan
Zionis mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) walaupun kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendakwa sudah menghentikan
khidmat syarikat berpangkalan di Israel itu.
Secara tegas dan lantang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran pakar Zionis dari syarikat Asiasoft Ltd untuk merombak sistem komputer di Bukit Aman sepatutnya tidak berlaku sama sekali.
Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mengapa Asiasoft yang berpangkalan di Israel dibenar mengendalikan sistem komputer PDRM begitu lama walaupun ada laporan polis terhadap isu itu, dibuat sebelum itu.
“Asiasoft yang diambil membantu komunikasi polis di ibu pejabat PDRM, buat server komputer. Di mana syarikat Asisoft? Di Singapura. Di mana pangkalannya? Di Tel Aviv, Israel.
Apabila sudah heboh, dia (kerajaan Umno-BN) hentikan khidmat Asiasoft. Tapi, kita kena ingat, mereka sudah masuk dalam sistem kita. Kalau mereka hentikan pun, sebenarnya mereka sudah masuk dah,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan dua individu Israel yang
terlibat secara langsung iaitu Mr. Izhak
Naskar
dan Dr. Ido Schechter , Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi
anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel.
Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan
sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.
Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat
sebagai tentera kor risik Israel.
Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang
melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman.
Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik
Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan
sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman.
Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN
sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem
keselamatan negara.
Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut
didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft
Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura.
KOMEN KETURUNAN KETURAH
Berita di atas di petik
dari sebuah blog milik sebuah parti politik. Keturunan Keturah tidak berniat
untuk mempolitikan isu ini. Biarlah orang politik menguruskannya.
Apa yang menarik
Keturunan Keturah, betapa liciknya Yahudi memainkan peranan menjalankan misi
operasi “ search & destroy” seorang yang sangat dikehendaki oleh puak Illuminati.
Pengkalan data yang
mengandungi nama setiap rakyat Malaysia, alamat dan latarbelakangnya khususnya
yang bernama Muhammad bin Abdullah pasti terpampang di skrin komputer mereka.
Ya ianya tidak lain operasi paling licik menjejaki Al Mahdi yang di anggap
berada di bumi Jawi ini.
Akan berjayakah mereka?
Jawapannya pasti tidak kerana Allah lebih halus dan sempurna tipudayanya.
Yahudi tetap akan gagal walau secanggih mana teknologi mereka. Walau berapa
banyak kos yang sanggup mereka laburkan.
sebab imam mahdi namanya bukan muhammad bin abdullah
ReplyDeleteBetul
Delete