TALUT DAN 313 KESATRIA BANI ISRAEL
Ayat 246 -251 surah
al-Baqarah mengisahkan satu kaum Bani Israil yang diceritakan oleh Allah SWT
kepada Rasulullah SAW, untuk dijadikan iktibar oleh umatnya.
[246] Tidakkah engkau
ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah
(wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka:
Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama
dengannya) pada jalan Allah Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu
kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?, Mereka berkata: Mengapa
pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari
kampung halaman kami dan (dari) anak-anak kami? Maka apabila perang itu
diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian
kecil dari mereka dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang
zalim.
[247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
[248] Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[249] Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.
[250] Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir .
Nama Talut yang sebenar
ialah Sawal bin Qais dari rumpun Bunyamin bin Yaakub. Kerjanya menyamak kulit
binatang dan ada riwayat lain mengatakan ia sebagai tukang air yang memberi
minum keldai.
Pada suatu hari keldai
kepunyaan ayahnya hilang tersesat dan Talut pergi mencarinya. Ia lalu di
hadapan rumah Nabi Syamwil untuk bertanyakan sekiranya Nabi itu tahu akan hal
keldainya.
Sedang ia berada di rumah
tersebut, tiba-tiba mendidihlah minyak yang tersimpan di sebuah tanduk
binatang yang sentiasa diperhatikan oleh Nabi Syamwil setiap kali ada orang
masuk ke rumahnya.
Ini kerana ketika Allah
mewahyukan kepadanya tentang orang yang bakal menjadi raja, Nabi
Syamwil telah dibekalkan dengan sebatang tongkat dan sebuah tanduk berisi
minyak. Sekiranya ada orang yang masuk ke dalam rumahnya dan didapati minyak
itu mendidih, itu adalah isyarat bahawa yang masuk itu ialah orang yang
dijanjikan sebagai bakal raja.
Apabila Nabi Syamwil
melihat minyak yang di dalam tanduk itu menggelegak, lalu diambilnya tongkatnya
kemudian diukur dan didapati sama tinggi dengan Talut.
Yakinlah Nabi Syamwil
bahawa Talut inilah orang yang bakal menjadi raja setelah melihat kebenaran
tandanya. Lalu minyak itu pun disapukan ke kepala Talut dan diangkat menjadi
raja Bani Israil di hadapan khalayak ramai.
Inilah Talut,
raja yang dilantik dengan kehendak Allah SWT yang berasal daripada
tukang menyamak kulit atau tukang air yang memberi minum kepada keldai.
Perlantikannya dipersenda-sendakan oleh kaumnya kerana
Bukanlah ia daripada keturunan raja-raja dan bukan pula daripada golongan orang
kaya atau berharta.
Allah SWT mengurniakan
kepadanya ilmu pengetahuan, kepintaran dalam pemerintahan dan muslihat
peperangan, dan mengurniakan pula kepadanya tubuh yang sasa, besar, tinggi dan
penuh dengan kekuatan.
Allah SWT mengurniakan
kerajaanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Bani Israil kemudiannya
bergegas hendak berperang melawan musuh. Mereka terdiri daripada 70 ribu askar
diketuai oleh Talut sendiri. Mereka melalui padang yang panas terik dan tidak
berair.
Mereka gelisah bagaimana
boleh menentang musuh dalam keadaan mereka kehausan dan kekurangan air. Mereka
merayu agar raja mereka memohon air kepada Allah SWT.
“Bahawasanya Allah menguji
kamu dengan sebatang sungai. Sesiapa yang minum airnya maka ia bukanlah
daripadaKu, dan sesiapa yang tidak meminumnya sesungguhnya ia adalah pengikutku
kecuali mencedok minum dengan tangannya. (ayat
249)
Apabila amaran ini telah
diberikan kepada askarnya, bertemulah mereka dengan sebatang sungai – iaitu
Sungai Palestin. Amaran ini menjadi ujian adakah mereka sebagai tentera mempunyai
tatatertib, patuh kepada arahan dan pimpinan atau tidak.
“Maka mereka pun meminum
air sungai itu kecuali sedikit sahaja daripada mereka yang tidak minum atau
meminum secedok sahaja”.(ayat 249)
Diriwayatkan bilangan
tentera Bani Israil yang melanggar arahan dengan meminum air sungai itu sangat
ramai. Antara 70 ribu itu, hanya tinggal sekitar 313 orang sahaja yang taat perintah ketua iaitu mereka yang beriman yang
patuh kepada ketua.
Orang yang meminum hanya
secedok, hilanglah haus mereka. Binatang tunggangan mereka juga cergas dan
mereka dapat menyeberangi sungai untuk meneruskan perjuangan sehingga
dikurniaankan Allah kemenangan.
MUHAMMAD S.A.W DAN 313 KESATRIA BANI ARAB
Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya.
Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudara Baginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.
Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w.
Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w.
Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka.
Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut.
Sebaliknya Baginda s.a.w si anak yatim piatu telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.
Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh persendaan:
"Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?
Kata seorang lagi sambil ketawa:
"Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"
Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian:
"Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."
Dalam menghadapi penentangan dan persendaan yang sebegini hebat dari kaumnya, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun.
Selepas meninggalkan pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa.Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan.
Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif.
Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usahaBaginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik,mengejek,mengacau dan melemparinya dengan batu.Pelemparan batu yang dilakukan keatasBaginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Usaha dakwah tetap diteruskan oleh Rasulullah saw.
Sebelum perang Badar, Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai
Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumahmu yang benar. Dan
bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan
kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring
akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya
ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi
kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya,
dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”
Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh
tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana
sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua
golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi
Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum
Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian
itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan
berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at
dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi
kepentingan diri mereka sendiri.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a
kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman para sahabatnya dan
meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian
para sahabatnya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji
dan perjanjian Engkau. Ya
Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau
disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang
memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada di sisi Rasulullah saw.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum
berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan
beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak
kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah
Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan
dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3.
Abdullah bin Rawahah.
Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang
berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati
gerak-geri tentera Islam. Dengan
sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya,
melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan
darah. Para sahabat tidak
berhenti menyebut “Ahad! Ahad! Ahad!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a
pada Allah memohon kemenangan tentera
Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh
dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya
gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau
bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada
disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah
kepadamu. Ini Malaikat
Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya
berdebu.”
Rasulullah member tashkil semangat kepada para
sahabat dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam
yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, para ahli Badar semakin
berkobar-kobar semangatnya. Ramai
pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan
melarikan diri. 70 orang
kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala para sahabat pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin
dan 8 dari Anshar). Para
sahabat ahli Badar mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati
mereka. Bangkai-bangkai
tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan
riang gembira oleh mereka yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak
dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa
pemergian tentera Islam ke Badar itu.
AL-MAHADI DAN 313 KESATRIA BANI JAWI & UMAT AKHIR ZAMAN
Dalam hadis-hadis sahih yang terdapat dalam
sebuah manuskrip lama, bertajuk
Harb Akhir zaman (Perang Akhir Zaman), karangan seorang ulamak Maghribi,
Muhamad bin Karim Al-Din Al-Asyhab pada kurun ke 13 hijrah ada menceritakan
tentang perang pada zaman Mahdi. . Buku tersebut tersimpan di perpustakaan Dar
Al-Qutub Al-Qadimah di Rabat, bernombot 98/Turath Qarn Thalith Asyar.
Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman sampai
sekarang tidak diketahui siapa dia. Saya tidak tahu, anda pun tidak tahu. Kita
semua tidak tahu. Dia bakal naik sebagai pemimpin kerana ditakdirkan tuhan.
Bukan kerana dia mempopularkan dirinya.Imam Mahadi adalah insan yang
sama-sekali tidak tergila-gilakan kemasyhuran. Dia juga insan yang tidak mengistiyharkan dirinya sebagai Imam Mahadi
sebelum waktunya.
Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman menolak
perlantikannya sebagai pemimpin walau pun telah dibaiah. Beliau menyembunyikan
dirinya agar tidak dikenali. Tetapi dia dipaksa & dia terpaksa menjalankan
tugasnya atas sokongan orang-orang yang mendesaknya.
Kemunculan
Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman menjadi suatu rahsia yang sukar ditebak
(diteka) oleh sesiapa pun. Meski banyak isyarat yang diketahui, samada dari
hadis dan kata-kata para sahabat radiaallahu anhum, namun kerahsiaannya tetap
menjadi rahsia. Orang-orang Yahudi & agen-agn Dajjal tetap tidak dapat
membunuhnya.
Imam Mahdi
Al-Muntazar akhir zaman adalah insan “low profile” yang tidak dikenali sesiapa.
Dia bukan orator (penceramah) yang penuh berapi-api ucapannya. Dia tersembunyi
kerana disembunyikan Tuhan.
Dia adalah
insan yang ikhlas melakukan amal ibadat kepada Tuhan. Dia tidak main-main
tetapi sangat istiqamah menjaganya. Cahaya pada Imam
Mahdi Al-Muntazar adalah cahaya iman, cahaya amal & cahaya keikhlasan dalam
dirinya. Hanya orang yang ikhlas dapat bersamanya. Imam Mahdi sebenarnya
sudah ada di kalangan kita. Kata setengah mereka yang arif, dia sudah ada,
Cuma masa kemunculannya belum tiba.
Diriwayatkan daripada Ali bin
Abdillah bin Abbas katanya, “Al Mahdi tidak akan muncul selagi tidak terbit
sesuatu tanda bersama matahari.” (Ibid j.11 ms.373) 21.
Kami tidak
pasti maksud hadis di atas. Tetapi ia mungkin berkaitan dengan kehadiran comet
ISON berdekatan sistem solar. Kalau perkara ini berlaku, maka matahari akan
kelihatan seperti 2 matahari. Secara saintifiknya, ia dijangka oleh NASA akan
berlaku pada November tahun ini (2013).
Imam Ja’far
as-Shadiq pernah berkata, “Al Mahadi Muntazar dinamai Al-Qâ`im
karena ia akan menegakkan kebenaran (dengan kebangkitannya).”
Dalam konteks
ini beliau diberi julukan al-Muntazhar, orang yang selalu dinantikan
kedatangannya.
Imam
al-Jawad pernah ditanya: “Wahai putra Rasulullah, mengapa Al Mahadi
dijuluki al-Qâ`im?” “Karena ia akan bangkit setelah dilupakan dan ramai umat
islam murtad setelah kemunculannya”, jawab beliau.
“Mengapa diberi julukan al-Muntazar?”, beliau
ditanya kembali.
“Karena ia
memiliki sebuah ghaibah (kisah ghaib) yang sangat panjang.
Orang-orang
yang tulus akan selalu meunggu kehadirannya dan orang-orang yang kotor akan
mengingkarinya”, jawab beliau tegas. Di sini ada dua perkara:
(i) Imam
Mahdi Al-Muntazar akan muncul pada saat ramai manusia melupakannya.
Pada tahun tersebut, ramai orang tidak mengambil berat atau mengambil cakna
tentang namanya, cirri-cirinya, sifat-sifatnya, kepentingannya,
silsilahnya & dan yang berhubungan dengannya.
(ii) Pada saat dia keluar, ramai manusia yang mempersenda dan menentangnya, termasuk sebahagian umat Islam
sendiri. Kerana itu, mereka menjad murtad. Maka berhati-hatilah saudaraku
semua.
Imam Mahdi adalah petanda kekuasaan Allah dan
dari keturunan Rasulullah S.A.W yang mulia. Imam Mahadi akan menerima
nasib yang sama seperti Rasulullah saw dan Talut. Imam Mahadi bukanlah manusia
bercahaya turun dari langit. Pada kacamata manusia Imam Mahadi ialah manusia
biasa. Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ali r.a, beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
” Al-Mahdi daripada keturunan kami, Ahlul Bait. Allah akan memperbaikinya dalam
satu malam”
Imam Mahadi adalah manusia istimewa pilihan
Allah. Sebagaimana Allah memilih Muhammad si anak Yatim lagi Ummi, juga Talut
yang hanya penggembala kambing.
Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah 313 orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)
Jika kita perhatikan, demikianlah ketentuan Allah. Ketiga-tiga
pemimpin agung, Rasulullah saw, Talut dan Imam Mahadi akan melalui tribulasi persendaan dan ejekan di awal kemunculan
dan pertabalan mereka.
Ianya juga ketentuan Allah bagi memilih kesatria yang ikhlas, taat dan
berkualiti tinggi untuk mengharungi puncak perjuangan menghadapi peperangan.
Menariknya mereka yang terpilih bilangan awalnya ialah 313 orang!!
Ramai dikalangan orang Islam sendiri akan enggan mengiktiraf
kekhalifahan Imam Mahadi. Termasuk dari kelompok dan golongan yang menganggap
Imam Mahadi bakal muncul dari golongan mereka. Imam Mahadi akan diperlecehkan
oleh segolongan orang Islam malah ada dari kalangan yang memperjuangkan Islam. Keikhlasan
sahaja yang mengheret individu-individu merangkak di atas salji menyahut
seruan Imam Mahadi.
Dalam catitan saya, Almarhum Maulana Ubaidillah rah pernah
memberitahu bahawa bilangan pembantu Imam Mahadi ialah seperti berikut:
Imam Mahadi Al Murtaza sebagai Amirul Mukminin
5 orang ahli syura
40 orang Wali Kutub
360 Najd
313 Badri ( mereka yang iman kukuh seperti sahabat ahli Badar)
12,000 tentera ( amir jemaah dari kalangan mukmin berkualiti)
120,000 tentera biasa ( setiap amir kecil ada 10 ahli jemaah
mukmin berkualiti)
Kalau tidak silap terdapat 4,000 wanita muslimah turut membantu.
Sama –sama kita mendoakan agar Amirulmukminin Imam Mahadi Al
Muntazar a.s. diberikan Maghfirah, Hidayah dan Hifazat oleh Allah. Amin.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment