Saturday, 8 June 2013

PETANDA MUTAKHIR KEDATANGAN IMAM MAHADI?

Beberapa bulan yang lalu seluruh dunia menanti dengan penuh debaran kehadiran tarikh 21.12.2012 sempena kehadiran planet Nibiru yang dijangka oleh saintis bakal mendatangkan porak poranda kepada bumi. Malah ada yang lebih jauh meramalkan ianya akhir hayat dunia. 

Alhamdulillah Nibiru berlalu tanpa insiden.

Namun dalam kesibukan para astrologer memberi tumpuan kepada Nibiru tanpa di sedari dengan kudrat Allah satu lagi ciptaanNya muncul. Komet yang dinamakan ISON!!

ISON " Comet of the century " - 15 kali ganda terang bulan



ASTRONOMER SELURUH  DUNIA  MENANTI  KEHADIRAN KOMET ISON

Komet ISON mula dikesan pada bulan September 2012 oleh dua orang saintis Rusia. Penemuan tersebut menggemparkan dunia astrologi. NASA telah menubuhkan pasukan khas mengikuti pergerakan ISON. Antara fakta yang dikeluarkan tentang ISON ialah:

1.      ISON digelar “ Komet abad ini”
2.      ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3.      ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4.      ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5.      ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6.      ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7.      ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.
8.      ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9.      ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10.     Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
11.    Saintis TIDAK menjangkakan sebarang bencana berlaku di bumi.

PANDANGAN ISLAM TENTANG KOMET ISON?

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan meyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Fakta dari Hadis di atas ialah:

1.Bintang terdiri dari api,salji,udara dan tanah
2.Bintang berkelajuan tinggi
3.Bintang amat jarang kelihatan(berabad2)
4.Kepala dan ekor hampir bertemu
5.Bintang beredar ke orbitnya semula
6.Malapetaka dahsyat bakal berlaku 
7.Keuntungan bagi orang-orang yang baik
8.Kerugian bagi orang-orang kafir
9.Kematian besar-besaran bakal terjadi.
10.Tanda kedatangan Imam Al-Mahdi Muntazar.

Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Dengan ciri-ciri komet  ISON di atas kemungkinan besar sabdaan Rasulullah saw dan kata-kata Saidina Ali serta Kaab r.a merujuk kepada ISON. Uniknya kehadiran ISON muncul tiba-tiba tanpa dapat dikesan sebelum ini oleh NASA. Ternyata andaian kehadiran NIBIRU yang dijangka membawa bala bencana kepada dunia adalah meleset.

Adakah kehadiran ISON bukan sahaja membawa petanda sahaja atau ada bersamanya perintah malapetaka oleh Allah SWT? Saintis menafikan ISON akan membawa kemusnahan kepada bumi melainkan hanya sedikit kekucarkaciran dijangka berlaku di bumi akibat medan magnet yang terganggu kerana berlakunya ribut suria di matahari.

Sila baca artikel ini seterusnya sambil merenung dan berfikir…


Petikan KITAB bertajuk " HURU HARA AKHIR ZAMAN – Penjelasan Terakhir
untuk Umat Islam" karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat
kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala,
manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang
menakjubkan pada bulan Ramadhan.  Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi
apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan
cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam
keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa
dahsyat.

Adapun peristiwa tersebut ialah:

1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan ( rujuk muka surat 38)  . Semua orang akan
mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia.
Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.
( muka surat 119)
Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda
di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika
engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.


Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan
satu tahun untuk keluarganya.

Adakah bintang berekor itu merujuk kepada komet ISON? Wallahualam.

Nota : SEBELUM kedatangan komet ISON para astronomer mencatatkan telah berlaku 2 gerhana bulan dan 2 gerhana matahari ( gerhana-gerhana tersebut dapat dilihat disesetengah Negara sahaja namun keseluruhannya berlaku 4 gerhana bulan dan matahari).

DISKUSI UMUM

1.. ADAKAH ERA IMAM MAHADI AKAN BERMULA?
 ..A
Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil.

Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

    Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang menyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam.

Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semakin berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :


"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}


2. AMBILLAH TAHU


Antara pesan Islami yang mesti kita ambil tahu ialah:

I.              Hadis Abu Hurairah yang menyatakan pada tahun 1430++ hijrah akan zahir Imam Mahadi dan bencana dari “langit”ke atas penentang Imam Mahadi. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas ianya tahunnya tetapi tahun ini ialah tahun 1434 ( 4 tahun extra dari 1430H)  adalah bersamaan dengan 2013.Bulan November 2013 ini kita akan masuk tahun hijrah 1435 ( 5 tahun extra)

II.             Sabdaan Rasulullah yang menyatakan akan tenggelam kawasan pantai SEBELUM  
             kedatangan Imam Mahadi.

III.            Kata-kata tidak semena-mena ustaz saya untuk kami mencari kawasan tinggi.

IV.           Cerita Ustaz Tamar mengenai firasat seorang syeikh suluk bahawa akan berlaku
             Tsunami berganda-ganda lebih besar dari Tsunami 2004 pada tahun 2012-2013.


3.     PERINGATAN, PETUNJUK DAN PETANDA

.
1.      Antara tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi adalah mengikut hadis Rasullulah ialah.. Zahirnya bintang berekor ( komet) melalui bumi menerangi langit dan menyebabkan kawasan pantai tenggelam.

2.     Dalam kitab Nabi Daniel a.s iaitu Nabi Babylon di Baghdad….diceritakan di akhir zaman nanti akan berlaku Ombak Besar di Lautan Hindi dan akan berlaku di Timur Ombak Besar. Maka Nabi Daniel berkata apabila datang petanda ini maka Iman Mahdi sudah ujud….

3.    Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin
Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda
di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia*
, maka jika
engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.


*Adakah perselisihan antara manusia  ini adalah perang dunia ke 3?

4.      Dan dengan sanad dari Khalid bin Ma'dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan
satu tahun untuk keluarganya.


AKHIRUL QALAM

Yang ditetapkan Allah untuk terjadi pasti terjadi. Semuanya adalah perencanaan Ilahi. Tulisan ini bukan bermaksud menakut-nakutkan atau sebagai ramalan sensasi. Ianya lebih kepada peringatan supaya Umat Islam terjaga dari sebarang kealpaan. Bangun mengukuhkan amalan memperkuatkan iman.



12 comments:

  1. Kenapa sediakan makanan 1 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bencana itu berlaku selama setahun sebelum keaadaan pulih saperti sediakala

      Delete
    2. Mungkin bencana itu berlaku selama setahun sebelum keaadaan pulih saperti sediakala

      Delete
  2. As salam Tuan,

    Mita izin copy dan paste artikel tuan di forum ya.

    ReplyDelete
  3. As salam , minta izin share di facebook ,ada 103 kawan.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Warahmatullah,
    boleh bagi code setiap hadis-hadis yang saudara kemukakan, riwayat siapa dan kitab mana diambil. kerana amat perlu kepada disiplin ilmu islam yang jelas dan valid

    ReplyDelete
  5. "..Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas SALJI. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

    *Di zaman Imam Mahdi, akan turun salji. Orang terpaksa merangkak di atas salji untuk menemuinya.
    *Namanya Imam Muhammad b. Abdullah.

    ReplyDelete
  6. Bertaburan serpihan kenangan disusuran masa,
    Mengajar mengenali erti kaca dan permata,
    Budi dan pekerti menjadi perhiasan jiwa,
    Kasih dan Sayang kerana Ilahi terpatrinya Cinta.

    Berjauhan hanyalah sekadar dipandangan mata,
    Tanpa ucapan dan juga khabar berita,
    Terniang ditelinga suara berbisik tanpa kata,
    Didalam hati rindu hadir dan dekat hampiri tahta.

    Selawat dan Salam Untuk Rasullallah Muhammad S.A.W Junjungan Yang Tercinta,
    Semoga kita kelak menjadi antara yang terpilih ....


    Lailahaillallah Muhammaddurasullallah

    ~ !|¡ ~
    ... YANG HAQ TETAP HAQ YANG BATIL TETAP BATIL,..
    ... SESUNGGUHNYA QALAMULLAH ITU BENAR, SUMPAH JANJI IBLIS JUGA BENAR., .. JIka LEKA.. NeSCaya TERPEDAYA...
    ... KEMBALILAH PADA YANG ASAL., PASTI KITA TIDAK AKAN TERBINASA /(terganggu) OLEH SESUATU ITU..

    ~¡|!~
    .salam hormat..
    SA
    @ wariselendagmerah
    @ sumpah AnakMelayu
    SA

    ReplyDelete
  7. Rahsia dalam Rahsia biarlah masa menentukannya.
    Jangan lalai jangan leka. kita singgah di dunia hanya sementara.

    ReplyDelete
  8. https://youtu.be/aw0pakjXsdQ
    Perang akhir zaman 2020
    Ala Mahdi Almarhamah kubro
    Armagedon
    Israel binasa 2024

    ReplyDelete