Bagi pecinta Islam pasti akan berhamburan air mata melihat peristiwa bersejarah ini. Terbayang bagaimana para sahabat Rasulullah saw berkelana ke seluruh dunia membawa pesanan Rasulullah saw " Sampaikan dari ku walau satu ayat...".
Tidak terbayang di akhir zaman Allah menghidupkan kembali umat yang menjunjung kalimah suci mengembara disegenap pelosok bumi menyambung risalah dan pesanan Rasulullah saw. Memang ianya bukan kerja mudah.
Sebagaimana para sahabat, jemaah-jemaah kaum muslimin ini meninggalkan kampung halaman. Tanpa meminta upah. Membelanjakan harta, diri dan masa menyebarkan kalimah suci. Fikir mereka agar setiap umat manusia sehingga bayi yang terakhir lahir di muka bumi dapat mengucapkan kalimah Lailahailallah.
Berikut kisah usaha disebalik pengislaman tersebut:
Ust.Dahlan dalam bayan@ ceramah maghrib, beliau menceritakan;
Kami menjalan usaha dakwah di Papua penuh dengan pengorbanan. Pernah kami keluar ke pedalaman suku Tatsmit. Kami di sambut dengan panah dan tombak dan tubuh saya terkena panah beracun sehingga saya di hantar ke rumah sakit. Hampir 1 minggu saya di rumah sakit, tapi saya tetap bersabar. Anehnya, orang-orang yang memanah saya ikut mengantar saya ke rumah sakit.
Setelah sembuh, kami tetap hantarkan jamaah ke suku tersebut, sehingga kami di terima dan yang awal kami ajarkan adalah cara mandi menggunakan sabun, shampoo dan bersugi gigi kepada suku tersebut, sehingga mereka merasa selesa kerana lazimnya mereka menggunakan minyak babi sebagai sabun mandi.
Setelah mereka terkesan dengan mandi menggunakan sabun, shampoo, baru kami dakwahkan mereka kepada tauhid sehingga pada awal dakwah kami di sana, kami berjaya mengajak 2000 orang untuk mandi wajib menghilangkan najis mughallazah mereka,dan mengajak mereka bersyahadat.
Alhamdulilah, 2000 orang telah masuk islam, dan jumlahnya teru mencecah 4000 orang masuk islam dan ustaz mengajak rakan-rakan dakwah di Lombok untuk khuruj ke Papua di mana sudah di siapkan 3 pesawat percuma untuk jamaah.
Suku Tatsmit di Papua yang sekarang berubah menjadi kampung islami asbab usaha dakwah jamaah tabligh.
Ini pula rakaman majlis pengislaman besar-besaran 3,000 saudara baru di German .
Semasa penulis menghadiri satu perhimpunan orang Islam di Tiruchipalli, Tamil Nadu, India pada tahun 1982 juga terjadi penghijrahan beberapa kampung Hindu kepada Agama Islam yang suci.
Diseluruh dunia kini, di 213 negara usaha Dakwah sedang gigih dijalankan. Banyak laporan pengislaman seperti di atas diterima dari seluruh dunia. Kita kini sedang menunggu berita negara demi negara memeluk agama Islam.
Masanya sudah hampir tiba. Sama-sama kita saksikan. Doakanlah agar pejuang-pejuang agama yang sedang bertebaran berada dalam peliharaan Allah.
Dengan berbekalkan kalimah dan solat, ilmu Ilahi dan zikir Ilahi dengan menunaikan hak tanpa menuntut hak semata-mata kerana Allah, kami akan pergi dari lorong ke lorong, kampung ke kampung, negera ke negara dan jika Allah beri taufikNya kami akan pergi seluruh alam.
No comments:
Post a Comment